Khamis, 16 Ogos 2012

Nurul Firzanah sempat tulis nota dedah kejadian


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh meminta mereka yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai  
Mohd Amir Mohd Anuar, beralamat di No 16, Blok Q, Pangsapuri Taman Keramat 
agar menghubungi balai polis berdekatan



“Anak sempat memberitahu ibunya dan menulis nota kepada pemandu ambulans memaklumkan teman lelaki yang membakarnya sebelum tidak sedarkan diri,” kata bapa gadis mangsa dibakar teman lelaki, Mat Zaki Mat Hussin, 45.

Menurutnya, mangsa, Nurul Firzanah, 16, masih dalam keadaan kritikal kini dirawat di unit kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Katanya, anak keduanya itu sudah tidak bersekolah sejak tingkatan dua seorang yang cekal apabila melarikan diri dengan hanya memakai pakaian dalam untuk meminta bantuan.

“Mujur ada seorang lelaki yang membantu anak selepas melihat dia berlari meminta bantuan.


“Pada masa sama, lelaki itu melihat terdapat dua motosikal milik teman lelaki anak dan rakannya ada di situ, manakala mereka sudah melarikan diri,” katanya di sini, semalam.


Mat Zaki berkata, hari ini anak gadisnya itu akan menjalani satu pembedahan di bahagian tengkuk ekoran terbakar teruk yang mungkin akan menyebabkan anaknya itu tidak boleh bercakap.

“Saya harap anak akan sedar dan dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa,” katanya yang mahu keadilan ditegakkan dan individu yang terbabit menerima hukuman setimpal.


Harian Metro semalam, melaporkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sempat menghubungi ibunya memaklumkan dirinya dibakar teman lelaki di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju.

0 yang mengomen:

Lantak Hangpa Sentiasa Popular

Terkini Online

  • Rakyat Malaysia sebenarnya yang tidak "sabar" untuk menunggu lagi lima tahun untuk melihat pertukaran rejim sementara pembangkang, termasuk tokohnya Datu...
  • [image: alt] KUALA LUMPUR 20 Jun - Kira-kira 211 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) men...
  • KUALA LUMPUR: Datuk Tee Siew Kiong’s membership in MCA has been suspended for three years.
  • The zoo in Novosibirsk, Russia’s third-largest city, is home to a unique animal — the liliger. That’s a big cat breed where the father is a lion and the mo...
  • KUANTAN - Pahang mengekalkan sasaran kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri ini seramai 10 juta orang pada tahun ini, kata Pengerusi Jaw...
  • KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Lebih 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat para...
  • KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia terus turun pada akhir sesi pagi pada tengah hari ini apabila pelabur terus mengurangkan pegangan mereka teruta...
  • MIRI: Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melahir...
  • - Lebih 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383.
  • THE King of Fruits is in season again, bringing with it overwhelming response for the fourth edition of the Penang Annual Durian Masters Bowling Challenge....
  • Despite thousands of cases over the years, no one has ever been slapped with a contempt of court order for...